Tentang Smiles
himpun dan tebus Mata Ganjaran Smiles
soalan-soalan yang sering ditanya
syarat dan peraturan
jadilah ahli Smiles

Syarat dan peraturan

Keahlian

1. Smiles Driver Rewards ("Program") adalah program proprietari ExxonMobil Malaysia Sendirian Berhad ("Syarikat") di mana penerimaan mana-mana individu dalam Program ini adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan setelah diterima oleh Syarikat, penyertaan oleh individu tersebut ("Ahli Kad") di dalam Program adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang terkandung di sini. Program ini hanya dibuka kepada individu yang bermastautin di Malaysia dan hanya sah di stesen servis jenama Esso atau Mobil ("Stesen Servis") yang terletak di Malaysia.

2. Program ini dan mana-mana syarat dan peraturan, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, adalah tertakluk kepada undang-undang di Malaysia dan kedua-dua Ahli Kad dan Syarikat bersetuju akan berserah kepada bidangkuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

3. Mana-mana individu yang ingin menjadi Ahli Kad mesti melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan yang disediakan oleh Syarikat dan akan diberi Kad Smiles ("Kad"), percuma, di mana penggunaannya adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang terkandung di sini. Kad Smiles tidak akan diaktifkan untuk penebusan jika butir-butir yang diminta di dalam borang permohonan tidak diberi dengan lengkap. Pemohon Kad mesti berusia 16 tahun dan ke atas.

4. Kad ini bukanlah kad kredit atau kad caj dan tidak boleh dipindah milik. Penggunaan Kad terhad kepada pemegang kad sahaja dan untuk kegunaan berhubung dengan Program ini sahaja. Kad ini tidak boleh digunakan untuk membuat pembelian di Stesen Servis atau kedai serbaneka dan semua pembelian tersebut mesti dibuat secara berasingan dengan wang tunai atau kad kredit di Stesen Servis.

5. Ahli Kad menjamin dan menyatakan bahawa butir-butir dan maklumat yang terkandung di dalam borang permohonan yang dirujuk dalam Klausa 3 di atas adalah benar. Sebaik sahaja menerima Kad, Ahli Kad boleh mula menggunakan Kad untuk Pembelian Kelayakan ("seperti yang didefinisikan di sini") untuk tujuan menghimpun mata ganjaran di bawah Program, tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan di sini.

6. Ahli Kad mesti segera memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis tentang sebarang perubahan terhadap butir-butir dan/atau maklumt yang diberi kepada Syarikat atau dinyatakan di dalam borang permohonannya. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk apa jua tuntutan, permintaan, liabiliti atau tindakan susulan daripada atau berhubung dengan Program atau penggunaan Kad di mana tuntutan, permintaan, liabiliti atau tindakan tersebut tidak akan terjadi jika tidak kerana kegagalan Ahli Kad memaklumkan kepada Syarikat tentang perubahan terbabit.

7. Kad ini adalah hak milik Syarikat dan mesti segera dikembalikan kepada Syarikat apabila diminta. Syarikat mungkin, mengikut budi bicara mutlaknya, membatalkan keahlian atau Program atau penggunaan Kad pada bila-bila masa tanpa notis atau sebab.

8. Kad yang hilang, rosak atau tidak berfungsi mesti segera dilaporkan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Smiles di 1-300-880-323. Jika Kad hilang, Syarikat boleh mengikut budi bicaranya mengeluarkan Kad gantian pada kos 50 Mata Ganjaran Smiles dan apa jua caj penghantaran yang terlibat akan ditanggung oleh Ahli Kad. Jika sesuatu Kad itu rosak atau tidak berfungsi, Kad gantian akan dikeluarkan oleh Syarikat mengikut budi bicaranya, kepada Ahli Kad. Apabila kehilangan, kerosakan atau ketidakfungsian dilaporkan, apa jua baki mata ganjaran yang ada di dalam Kad tersebut, boleh mengikut budi bicara Syarikat dikreditkan ke Kad gantian. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kehilangan mana-mana mata ganjaran terhimpun akibat kehilangan, kerosakan atau ketidakfungsian Kad. Apa jua fi dan/atau caj yang dikenakan kepada Ahli Kad mengikut Klausa ini atau dengan mana-mana peruntukan lain yang terkandung di sini boleh, mengikut budi bicara Syarikat, dibayar dengan memotong jumlah mata ganjaran berkenaan berdasarkan kadar semasa, seperti yang akan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa.

9. Ahli Kad boleh pada bila-bila masa membatalkan keahliannya dengan mengembalikan Kad, selepas dipotong dua, kepada Syarikat dengan menghantar sendiri ke mana-mana Stesen Servis yang turut serta atau menerusi pos berdaftar. Dalam kes demikian, Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua mata ganjaran tidak ditebus yang akan dibatalkan dengan pembatalan tersebut oleh Ahli Kad.

10. Penggunaan Kad oleh Ahli Kad akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat dan peraturan ini.

11. Semua ahli hanya layak untuk satu Kad setiap orang.

Penghimpunan Mata Ganjaran

12. Mata ganjaran akan diberikan kepada Ahli Kad yang memiliki Kad sah dan mengemukakannya kepada juruwang / atendan pam di Stesen Servis yang turut serta untuk pembelian barangan ("Pembelian Kelayakan") seperti yang ditetapkan oleh Syarikat mengikut budi bicaranya dari semasa ke semasa. Kad mesti dikemukakan kepada juruwang sebelum membuat pembelian, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mata ganjaran tidak akan dikreditkan. Mana-mana pembelian selain Pembelian Kelayakan tidak akan dianggap sebagai Pembelian Kelayakan dan tidak akan diberi sebarang mata ganjaran, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Syarikat.

13. Dalam kes di mana Pembelian Kelayakan dibuat tetapi tidak direkodkan, Ahli Kad perlu memberi bukti pembelian termasuk resit sebelum mata ganjaran akan dikreditkan untuk Pembelian Kelayakan tersebut. Syarikat berhak menerima atau menolak bukti tersebut mengikut budi bicaranya. Walau apapun, tuntutan untuk mata ganjaran terbabit tidak akan dilayan jika tidak dibuat pada hari pembelian.

14. Setelah Kad dikreditkan dengan mata ganjaran untuk Pembelian Kelayakan, resit trasaksi yang disediakan oleh juruwang di Stesen Servis akan diberikan kepada Ahli Kad. Resit transaksi tersebut adalah catatan muktamad untuk Pembelian Kelayakan yang dibuat dan mata ganjaran yang diperolehi. Resit akan membutirkan maklumat Belian Kelayakan dan ringkasan serta akaun mata ganjaran Ahli Kad. Ahli Kad tidak akan menerima penyata bulanan.

15. Mata ganjaran yang diberi dan dikreditkan ke Kad tidak boleh dipindah milik atau diperuntukkan ke Kad lain atau mana-mana kad lain yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Syarikat atau digabungkan atau diagregatkan dengan mata ganjaran Kad atau kad tersebut atau diuruskan secara mana sekali pun kecuali mengikut Perjanjian ini. Mata ganjaran tidak ada nilai wang atau tunai.

16. Syarikat berhak menentukan, mengubah atau menukar dari semasa ke semasa barangan dan perkhidmatan kelayakan dan/atau jumlah mata ganjaran yang akan diberi untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan untuk Pembelian Kelayakan tanpa notis terlebih dahulu atau memberi apa jua sebab.

17. Mata ganjaran yang terhimpun di dalam Kad Ahli Kad akan lupus andainya Ahli Kad tidak membuat sebarang Pembelian Kelayakan dan menghimpun mata ganjaran dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh mata ganjaran terakhir dihimpun. Dalam keadaan ini, Kad akan dibatalkan dan mata ganjaran yang terhimpun akan dibatalkan mengikut budi bicara Syarikat dan tanpa notis kepada Ahli Kad.

Penebusan

18. Ahli Kad yang telah menghimpun mata ganjaran yang mencukupi di dalam Kad dan layak, dengan syarat Ahli Kad memenuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Syarikat, boleh menebus barangan ("Ganjaran"), seperti yang ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya, di mana Ganjaran akan disenaraikan di dalam Katalog Ganjaran dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan.

19. Semua Ganjaran tertakluk kepada stok yang ada dan Syarikat berhak menggantikan ganjaran penebusan dengan barangan lain yang senilai dengannya andainya ganjaran yang diminta kehabisan stok atau tiada lagi atas apa jua sebab.

20. Dengan penebusan mana-mana Ganjaran, mata ganjaran terhimpun yang dicatatkan di dalam akaun Ahli Kad akan dikurangkan bersesuaian dengan jumlah mata ganjaran yang dinyatakan di dalam Katalog Ganjaran yang sah pada masa itu untuk Ganjaran tersebut.

21. Ahli Kad boleh menebus Ganjaran yang dinyatakan di dalam Katalog Ganjaran yang sah pada masa itu (tidak termasuk barangan yang ditebus dari stesen servis) menerusi pesanan dan akan dihantarkan ke alamat Ahli Kad seperti yang disenaraikan di dalam rekod Syarikat dengan melengkapkan borang pesanan yang disediakan di dalam Katalog Ganjaran. Semua penghantaran akan hanya dibuat ke alamat di Malaysia dan dianggap telah dihantar apabila dihantar dengan pos atau pos berdaftar atau kurier ke alamat tersebut, seperti yang difikirkan sesuai oleh Syarikat. Syarikat akan berusaha untuk menghantar Ganjaran yang ditebus kepada Ahli Kad dalam masa 4 minggu setelah menerima borang pesanan Ganjaran daripada Ahli Kad. Semua Ganjaran yang dihantar tidak termasuk kos pemasangan, bateri dll dan atas dasar sedia ada.

22. Ahli Kad boleh merujuk Katalog Ganjaran untuk senarai barangan penebusan, untuk tujuan informasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan atau waranti tentang adaya Ganjaran tersebut.. Selain itu, Syarikat tidak memberi kenyataan atau waranti berhubung dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang dipaparkan di dalam Katalog Ganjaran. Syarikat tidak memberi sebarang waranti terhadap mutu Ganjaran dan kesesuaiannya untuk apa jua tujuan. Di mana Ganjaran dilindungi di bawah waranti pengeluar, apa jua pertikaian atau tuntutan mesti ditujukan terus kepada pengeluar terbabit.

23. Syarikat tidak menerima sebarang liabiliti berhubung dengan Ganjaran yang dibekalkan atau berhubung dengan apa jua keengganan pengeluar Ganjaran untuk menerima sijil/baucar yang dikeluarkan untuk tujuan menebus Ganjaran tersebut. Apa jua pertikaian yang timbul dari atau berhubung dengan sijil/baucar tersebut adalah di antara Ahli Kad dan pembekal terbabit semata-mata.

24. Untuk Ganjaran yang ditebus daripada pembekal Ganjaran seperti yang dilantik oleh Syarikat dari semasa ke semasa, Ahli Kad perlu mengemukakan Kad untuk menebus Ganjaran dan mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan oleh pembekal terbabit. Ganjaran yang ditebus, tidak boleh ditarik balik, ditukar, dikembalikan, atau dipulangkan mata ganjaran. Di dalam apa jua dan semua keadaan, mana-mana pemotongan mata ganjaran dari akaun Ahli Kad tidak boleh dimansuhkan.

25. Ahli Kad bertanggungjawab untuk memeriksa, sebaik sahaja menerima, Ganjaran untuk apa jua kerosakan atau ketidakfungsian, sama ada di dalam pembungkusan atau sebaliknya, dan untuk mengesahkan kandungan Ganjaran. Di mana Ganjaran atau pembungkusannya didapati rosak atau tidak berfungsi atau kandungannya tidak lengkap/rosak, Ganjaran mesti serta-merta dikembalikan dengan cara berikut:
(i) berhubung dengan penebusan di Kedai Serbaneka, Ahli Kad mesti serta-merta mengembalikan Ganjaran kepada juruwang di Stesen Servis.
(ii) berhubung dengan penebusan Ganjaran dari Katalog Ganjaran dan dihantar ke alamat Ahli Kad yang disenarikan di dalam rekod Syarikat, Ahli Kad mesti serta-merta mengembalikan Ganjaran kepada individu yang menghantar Ganjaran. Sebarang cubaan untuk mengembalikan Ganjaran di bawah kategori ini ke Stesen Servis pada tarikh kemudian tidak akan diterima.

26. Sebagai alternatif, Ahli Kad boleh memilih untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Smiles di 1-300-880-323 untuk mengadu tentang Ganjaran yang rosak tidak berfungsi dalam masa 7 hari dari tarikh menerima Ganjaran.

27. Syarikat berhak menolak sebarang permintaan untuk menggantikan Ganjaran yang rosak atau tidak berfungsi sekiranya Ahli Kad gagal untuk mengembalikannya dalam cara dan dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam Klausa 25 dan 26.

28. Tanpa mengambil kira sebarang peruntukan kepada perkara sebaliknya, Syarikat berhak untuk tidak menggantikan Ganjaran sekiranya Syarikat berpendapat barangan yang didapati rosak atau dibuat rosak akibat kelalaian atau perbuatan sengaja oleh Ahli Kad.

29. Syarikat atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kematian atau kecederaan atau kerugian atau kerosakan susulan dalam apa jua bentuk akibat penebusan, pembekalan atau penggunaan Ganjaran atau dari kerugian, kecurian atau kemusnahan Ganjaran. Semua tuntutan sedemikian mesti ditujukan terus kepada pengeluar terbabit.

30. Tanpa mengambi kira apa jua peruntukan lain dan tanpa prejudis kepada mana-mana hak dan penyelesaian yang tersebut di sini, Syarikat berhak memotong mata ganjaran terhimpun dari akaun Ahli Kad atau menolak penebusan mana-mana Ganjaran atau menarik balik Ganjaran yang ditebus di bawah keadaan-keadaan berikut:
a) mata ganjaran terhimpun yang dicurigai;
b) mana-mana mata ganjaran yang tersilap diberi akibat kerosakan sistem atau apa jua sebab lain;
c) mana-mana mata ganjaran yang diperolehi dari apa jua transaksi, yang telah dibatalkan, ditiadakan, dipulangkan atau dimansuhkan; atau
d) mana-mana mata ganjaran yang diperolehi menerusi pembelian inventori dan stok oleh Ahli Kad yang dilantik untuk mengendali, mengurus atau bekerja di Stesen Servis.

31. Syarikat berhak, tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa memberi apa jua alasan, untuk menentukan dan menukar dari semasa ke semasa:
a) Ganjaran yang ditawarkan di dalam Program seperti yang disenaraikan di dalam Katalog Ganjaran atau dalam apa jua dokumen lain; dan
b) Mata ganjaran kelayakan yang diperlukan untuk menebus Ganjaran.

Variasi Am

32. Ahli Kad bersetuju bahawa Syarikat boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad mengubah, menambah atau meminda terma dan syarat yang terkandung di sini. Andainya Ahli Kad tidak bersetuju dengan pengubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad boleh menyerahkan sendiri kad yang dipotong dua, kepada Syarikat, di mana-mana Stesen Servis yang turut serta atau menerusi pos berdaftar dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh pengubahan, penambahan atau pindaan tersebut, di mana kegagalan berbuat demikian bererti Ahli Kad menerima pengubahan, penambahan dan/atau pindaan syarat dan peraturan tersebut.

Syarikat-syarikat yang turut serta

33. Syarikat berhak menjemput atau membenarkan mana-mana syarikat lain untuk menyertai Program dan dalam keadaan tersebut untuk menyesuaikan Program dan mana-mana syarat dan peraturan yang dinyatakan di sini atau lain-lain persetujuan atau dokumen berhubung dengan Program, termasuk syarat dan peraturan berhubung dengan penebusan Ganjaran.

Pemberian Maklumat

34. Ahli Kad dengan ini membenarkan Syarikat dan/atau kakitangan atau wakilnya untuk memegang, mengguna, memaklum, memberitahu atau mendedahkan apa jua maklumat berhubung dengan Ahli Kad dan penggunaan Kad oleh Ahli Kad seperti yang difikirkan perlu oleh Syarikat dari semasa ke semasa, apabila diwajibkan oleh pihak berkuasa berkenaan, undang-undang, agensi kerajaan atau arahan mahkamah. Syarikat berhak memaklum, memberitahu atau mendedahkan apa jua maklumat berhubung dengan Ahli Kad dan penggunaan Kad oleh Ahli Kad kepada mana-mana pihak dan/atau agen yang terlibat dalam Program untuk tujuan penyelidikan, perancangan, pembangunan produk dan pemasaran langsung. Selain itu, Ahli Kad bersetuju untuk membenarkan butiran dan data, termasuk data berhubung pembelian dan cara pembayaran, disampaikan atau dimaklumkan di antara Syarikat, subsidiari-subsidiari dan kontraktor atau pembekal Program untuk tujuan mengekalkan akaun Ahli Kad dengan dan penyertaan berterusan di dalam Program.

Keselamatan Kad

35. Ahli Kad akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan penggunaan Kad yang sesuai dan sah.

36. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan, tanpa kehadiran salahlaku sengaja atau kelalaian pihak Syarikat atau kakitangannya untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat daripada atau berhubung dengan penggunaan Kad.

Pengecualian Liabiliti

37. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian mata ganjaran terhimpun atau kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat kerosakan atau kesilapan dalam mana-mana mesin atau ketidakupayaan untuk mendapatkan apa jua maklumat atau data dari sistem komputer.

38. Tanpa prejudis terhadap mana-mana terma dan syarat lain yang dinyatakan, apa-apa liabiliti yang Syarikat mungkin ada terhadap Ahli Kad akibat penggunaan Kad atau penebusan Ganjaran yang tidak boleh dikecualikan atau yang tidak disediakan di sini dengan ini adalah terhad, di mana dibenarkan, kepada pengembalian mata ganjaran atau kos untuk Ganjaran terbabit seperti yang ditetapkan mengikut budi bicara Syarikat.

39. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan kepada Ahli Kad akibat daripada mana-mana tindakan atau ketinggalan operator mana-mana Stesen Servis dan/atau agen terlantik Syarikat dan kontraktor atau pembekalnya termasuk tanpa had, sebarang penolakan atau penerimaan Kad atau mana-mana penyata atau komunikasi lain yang dibuat berhubung ini atau mana-mana barangan atau perkhidmatan yang tidak sempurna. Mana-mana pertikaian atau tuntutan yang Ahli Kad mungkin ada dengan atau terhadap operator Stesen Servis dan/atau agen terlantik Syarikat dan kontraktor atau pembekalnya tidak akan menjejaskan obligasi Ahli Kad di bawah syarat dan peraturan ini.

40. Semua syarat dan waranti, sama ada tersurat atau tersirat dan sama ada timbul di bawah sebarang undang-undang atau sebaliknya, berhubung keadaan, kesesuaian, mutu, ketepatan atau keselamatan mana-mana barangan dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan berhubung dengan Kad dengan ini dikecualikan sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang.

41. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kesilapan, kelewatan, kerugian atau kerosakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kerosakan, kegagalan mesin atau pemproses, atau pertikaian industri, peperangan, bencana alam, kegagalan sistem dan segala yang di luar kawalan Syarikat.

42. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat sebab-sebab berikut:
a) sebarang kelewatan atau kegagalan menggantikan Kad;
b) sebarang kerosakan pada Ganjaran dalam proses penghantaran atau pos;
c) sebarang kegagalan oleh pembekal Ganjaran untuk mematuhi terma dan syarat yang dipersetujuinya dalam membekalkan Ganjaran;
d) sebarang penyata, komunikasi atau implikasi yang timbul daripada sebarang penarikan balik, penggantungan atau pembatasan terhadap penggunaan Kad; dan
e) sebarang kegagalan atau ketinggalan untuk memberitahu Ahli Kad tentang perubahan dalam syarat dan peraturan Persetujuan, Katalog Ganjaran, syarikat-syarikat yang turut serta, Pembelian Kelayakan dan mata ganjaran yang diberi untuk Pembelian Kelayakan.

Pertikaian

43. Sebarang tuntutan atau pertikaian berhubung dengan Program atau penggunaan Kad akan dirujuk terus kepada Syarikat, di mana keputusan yang dibuat adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad dan rekod Syarikat untuk semua perkara berhubung Program adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad.

Pembatalan

44. Syarikat berhak menarik balik atau membatalkan Program pada bila-bila masa tanpa memberi apa jua sebab. Setelah diberitahu tentang penarikan atau pembatalan, Ahli Kad mempunyai masa sebulan dari tarikh pemberitahuan atau tempoh masa yang ditetapkan oleh Syarikat dalam notisnya, untuk menebus mata ganjaran terhimpun untuk Ganjaran yang ada. Setelah tamat tempoh tersebut, baki mata ganjaran di dalam akaun Ahli Kad akan dibatalkan dan tidak sah dan Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap mata ganjaran tersebut, sama ada untuk memberi pampasan atau sebaliknya, kepada Ahli Kad dan Ahli Kad tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Syarikat.

Lain-lain

45. Notis akan dianggap telah diberi oleh Syarikat kepada Ahli Kad jika ia dipos ke alamat terakhir Ahli Kad seperti yang tercatat di dalam rekod Ahli Kad atau borang permohonan yang diserahkan oleh Ahli Kad atau menerusi notis yang dipaparkan di Stesen Servis.

46. Tanpa menjejaskan apa-apa syarat jua di dalam Perjanjian ini, hak dan tuntutan Syarikat di bawah Perjanjian ini akan terus berkuatkuasa sepenuhnya dan akan terlindung dari sebarang pembatalan, penghentian atau penggantungan Program, penggunaan Kad atau penyertaan Ahli Kad di dalam Program.

47. Ketidaksahan atau ketiadakuatkuasaan mana-mana peruntukan yang tersebut di sini atau mana-mana bahagian seterusnya tidak akan membatalkan tujuan tersirat Perjanjian ini dan peruntukan tidak sah atau tiada kuatkuasa peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan terma lain dan peruntukan yang terkandung di sini akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.

48. Syarat dan peraturan yang terkandung di sini adalah tambahan kepada dan bukannya mengurangkan mana-mana persetujuan atau urusan khusus berhubung dengan Program sekarang atau kemudian, dan dari semasa ke semasa, dihadirkan di antara Syarikat dan Ahli Kad atau mana-mana terma dan syarat yang mungkin dinyatakan dalam komunikasi bertulis yang dihantar oleh Syarikat kepada Ahli Kad dari semasa ke semasa.

49. Sebarang penyalahgunaan atau penipuan berhubung dengan mata ganjaran di bawah Program atau penebusan Ganjaran akan menyebabkan pembatalan penyertaan Ahli Kad di dalam Program, pembatalan Kad dan penarikan balik atau pengembalian Ganjaran yang ditebus (atau pampasan sewajarnya).

50. Syarikat berhak membatalkan mana-mana Kad yang tidak digunakan untuk tempoh 12 bulan berturut-turut dan membatalkan mana-mana mata ganjaran yang terhimpun.

51. Syarikat berhak menyerahkan, pada bila-bila masa, kepada mana-mana subsidiari atau pihak ketiga, syarat dan peraturan ini, Program, pemilikan Kad dan/atau akaun Ahli Kad berhubung dengan Program dan/atau mana-mana hak, obligasi atau liabilitinya, tanpa kebenaran Ahli Kad.

52. Undang-undang di Malaysia akan menentukan Perjanjian di antara Syarikat dan Ahli Kad. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju utuk berserah sepenuhnya ke bidang kuasa mahkamah Malaysia.

Syarat & Peraturan dikemaskinikan pada 30 Mac 2012.