Tentang Smiles
himpun dan tebus Mata Ganjaran Smiles
soalan-soalan yang sering ditanya
syarat dan peraturan
jadilah ahli Smiles

Nikmati nilai hebat, lebih mudah dengan Smiles!

Di Esso dan Mobil, anda bukan sekadar mendapat bahan api Synergy bermutu tinggi malah menikmati nilai hebat dengan Program Smiles Driver Rewards. Perolehi Mata Ganjaran Smiles setiap kali anda mengisi bahan api Synergy bermutu tinggi di stesen servis Esso atau Mobil, dan tebuslah barangan kedai serbaneka pilihan anda atau beli bahan api Synergy dengan Mata Ganjaran Smiles. Rangkaian lebih 560 stesen servis kami di seluruh negara juga bererti anda menikmati lebih fleksibiliti dan kemudahan!

Serahkan kad Smiles anda kepada juruwang, dan dapatkan 1 Mata Ganjaran Smiles* serta-merta dengan setiap RM1 yang dibelanjakan untuk membeli bahan api Synergy. Baki mata ganjaran terkini dibutirkan pada resit belian anda. Mudah sahaja, bukan?

Lebih menarik lagi, keahlian Smiles adalah PERCUMA!

Bagaimanakah kami tahu anda menggemari nilai hebat dan kemudahan? Kami juga pemandu seperti anda.

Masih bukan ahli Smiles?
Singgahlah di stesen servis Esso atau Mobil dan dapatkan kad Smiles dengan segera!

Perolehi lebih ganjaran dengan setiap perjalanan. Lebih mudah dengan Smiles.

• Mata Ganjaran Smiles umpama tunai
Simpan tunai anda dan bayar dengan Mata Ganjaran Smiles! Tak perlu isi borang, tak perlu telefon dan tak perlu baucar. Cuma beritahu juruwang bahawa anda ingin membayar dengan Mata Ganjaran Smiles.

• Penebusan serta-merta dengan Mata Ganjaran Smiles
Anda boleh menebus barangan kedai serbaneka** pilihan anda atau membeli bahan api Synergy dengan Mata Ganjaran Smiles tanpa perlunya wang tunai atau kad kredit. Sememangnya mudah!

• Nilai berkekalan dengan Mata Ganjaran Smiles.
Kehebatan nilai Mata Ganjaran Smiles nyata mengagumkan. Anda menikmati kebebasan dan fleksibiliti sepenuhnya untuk menghimpun lebih mata ganjaran dan menebus ganjaran lebih hebat. Untuk mengelakkan Mata Ganjaran Smiles anda daripada tamat tempoh, leretkan kad Smiles apabila anda membuat sekurang-kurangnya satu pembelian bahan api Synergy dalam tempoh 12 bulan. Sememangnya mudah!

*Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
**Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan barangan kedai sebaneka dan pembelian bahan api Synergy dengan Mata Ganjaran Smiles, sila rujuk laman "Soalan-soalan yang sering ditanya" atau hubungi Talian Perkhidmatan Smiles di 1-300-880-323.